JOHOR BAHRU: Seramai 130 peserta dari 39 negara akan mengambil bahagian dalam Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Kali ke-26 yang berlangsung di Bukit Layang-Layang di sini dari 24 Feb hingga 3 Mac.
Presiden Majlis Pelayang Malaysia (MPM) Datuk A Rahim Nin berkata antara negara yang mengambil bahagian ialah Indonesia, Singapura, Jerman, Jepun, China, New Zealand, Thailand dan England selain penyertaan baharu iaitu Argentina.
Beliau berkata 400 peserta tempatan turut mengambil bahagian dalam festival yang bertema 'Budaya Dinamik' itu.
"Acara utama festival ialah pertandingan layang-layang yang mempunyai pelbagai bentuk dengan hasil seni kreatif untuk peserta antarabangsa mempersembah layang-layang ciptaan mereka kepada masyarakat tempatan.
"Tidak lupa juga persembahan pelayang kebangsaan dari seluruh negara yang hadir mempamerkan hasil seni dan pembuatan wau tradisional Malaysia yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti buluh dan kertas berunsurkan motif sobek serta nilai estetika yang menakjubkan," katanya ketika sidang media di sini semalam.
A. Rahim berkata festival anjuran bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Persatuan Pelayang Johor (PPJ) dan MPM itu turut mendapat kerjasama pelbagai pihak serta agensi berkaitan.
Beliau berkata selain persembahan pelayang antarabangsa dan tempatan, PPJ dengan kerjasama Politeknik Ibrahim Sultan akan memperkenal acara persembahan Stunt Kite bagi menarik minat golongan muda untuk melibatkan diri dalam permainan layang-layang.
Festival itu, katanya akan dirasmikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi pada 2 Mac.
Beliau berkata sejumlah 500,000 pengunjung dari dalam dan luar negara dijangka memeriahkan festival itu dan pelbagai aktiviti telah disusun untuk mereka.
Antaranya Gema Festival, Pasir Gudang Berselawat, Pertandingan Dron Bercahaya, Pertandingan Silat, Malam Kenduri Kampung, persembahan artis jemputan, pertandingan mewarna serta gerai pameran dan jualan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024
A Rahim Nin (depan tiga, kiri) bersama Ahli Persatuan Pelayang Johor sempena Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang ke-26 pada sidang media di UTC Pasir Gudang, 18 Feb 2024. -- fotoBERNAMA
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara- PM
Rakyat dituntut agar kembali menjiwai dan mengamalkan roh Islam dalam apa jua situasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 100,000 baucar buku ditebus dalam tempoh tiga hari - Fadhlina
Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat hari ini iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
130 peserta dari 39 negara ambil bahagian Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang
Antara negara yang mengambil bahagian ialah Indonesia, Singapura, Jerman, Jepun, China, New Zealand, Thailand, England dan Argentina.